LONDON: Universiti Oxford akan mewujudkan anugerah khas sebagai tanda penghargaan terhadap saintis kelahiran Malaysia, Dr Ling Felce yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 1 Mac lalu.
Mendiang Dr Ling Felce disifatkan universiti itu sebagai saintis yang memiliki pemikiran luar biasa selepas melakukan kajian tindak balas imun terhadap COVID-19 sebelum kematiannya.
Menurut laporan portal berita BBC News, pengenalan anugerah khas itu akan diiringi bantuan kewangan untuk menyokong bimbingan latihan kepada penyelidik-penyelidik baharu.
Mendiang Dr Ling Felce merupakan tulang belakang di sebalik pembangunan biologi pengkomputeran sebaik tamat Program Latihan Data Sains Bioperubatan di Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall.
Pengarah Program yang juga Profesor Pengiraan Genom, David Sims turut menyifatkan mendiang sebagai seorang yang pintar dan menyenangkan sepanjang mengenalinya.
Sehubungan itu, Akademi Sains Perubatan Univesiti Oxford (CAMS) akan mewujudkan Anugerah Ling Felce yang menawarkan bantuan kewangan untuk anak muda yang berminat mengikuti program bergelar penyelidik biologi pengkomputeran.
Mendiang Dr Ling Felce dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berhijrah ke London pada 1991 bersama keluarganya.
Dia mengikuti pengajian biokimia di Universiti Oxford pada 2005 serta pernah mewakili universiti itu dalam sukan ragbi.
Ibu kepada dua cahaya mata itu maut selepas dirempuh oleh sebuah lori ketika sedang berbasikal di persimpangan St Clement's Street dan The Plain dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian susulan kecederaan parah.
Agensi
Mon Sep 05 2022
Akademi Sains Perubatan Univesiti Oxford akan mewujudkan Anugerah Ling Felce yang menawarkan bantuan kewangan untuk anak muda yang berminat mengikuti program bergelar penyelidik biologi pengkomputeran. - Gambar Twitter @NadiaHalidi.
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Universiti Oxford wujudkan anugerah khas peringati saintis kelahiran Malaysia
Anugerah Ling Felce menawarkan bantuan kewangan untuk menyokong bimbingan latihan kepada penyelidik-penyelidik baharu.
Dirempuh lori ketika berbasikal, saintis kelahiran Malaysia di Universiti Oxford meninggal dunia
Saintis kelahiran Malaysia Dr Ling Felce (Wong Suet Ling), 35, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Oxford, England, minggu lalu.